Monday 27 February 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 7 Syaaban 1444H☆


وَنَادَىٰۤ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ أَصۡحَـٰبَ ٱلنَّارِ أَن قَدۡ وَجَدۡنَا مَا وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقࣰّا فَهَلۡ وَجَدتُّم مَّا وَعَدَ رَبُّكُمۡ حَقࣰّاۖ قَالُوا۟ نَعَمۡۚ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنُۢ بَیۡنَهُمۡ أَن لَّعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّـٰلِمِینَ 


"Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim" [Surah al-Aʿraf 44]


#Setelah penghuni syurga memberitahu tentang janji Tuhan mengenai kenikmatan dan kebahagian terindah yang sedang mereka kecapi di dalam Syurga, maka penghuni syurga bertanyakan kepada penghuni neraka adakah mereka juga telah merasai janji Allah tentang azab sebagaimana yang mereka dengar didunia dahulu.


#Maka penghuni neraka merespon pertanyaan tersebut dengan mengiyakan dan mengatakan bahawa azab yang mereka dustakan dahulu itu adalah benar. Mereka sedang merasai azab tersebut.


هَـٰذَانِ خَصۡمَانِ ٱخۡتَصَمُوا۟ فِی رَبِّهِمۡۖ فَٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ قُطِّعَتۡ لَهُمۡ ثِیَابࣱ مِّن نَّارࣲ یُصَبُّ مِن فَوۡقِ رُءُوسِهِمُ ٱلۡحَمِیمُ 


"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak"


یُصۡهَرُ بِهِۦ مَا فِی بُطُونِهِمۡ وَٱلۡجُلُودُ 


"Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka"


وَلَهُم مَّقَـٰمِعُ مِنۡ حَدِیدࣲ 


"Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka"


كُلَّمَاۤ أَرَادُوۤا۟ أَن یَخۡرُجُوا۟ مِنۡهَا مِنۡ غَمٍّ أُعِیدُوا۟ فِیهَا وَذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلۡحَرِیقِ 


"Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!" [Surah al-Ḥajj 19-22]


#Setelah itu, berkatalah para malaikat bahawa laknat Allah ke atas golongan zalim. Maksud ‘laknat’ itu adalah mereka (penghuni neraka) tidak akan mendapat rahmat sampai bila-bila.


♡Takutlah akan azab Allah swt. Yakinlah bahawa azab itu akan benar-benar menimpa para pendosa dan golongan penentang agama Allah swt♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...