Friday 24 November 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 10 Jamadil Awwal 1445H☆


وَقَضَیۡنَاۤ إِلَىٰ بَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ فِی ٱلۡكِتَـٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَیۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوࣰّا كَبِیرࣰا * فَإِذَا جَاۤءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَیۡكُمۡ عِبَادࣰا لَّنَاۤ أُو۟لِی بَأۡسࣲ شَدِیدࣲ فَجَاسُوا۟ خِلَـٰلَ ٱلدِّیَارِۚ وَكَانَ وَعۡدࣰا مَّفۡعُولࣰا * ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَیۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَـٰكُم بِأَمۡوَ ٰ⁠لࣲ وَبَنِینَ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِیرًا * إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَاۤءَ وَعۡدُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ لِیَسُـࣳۤـُٔوا۟ وُجُوهَكُمۡ وَلِیَدۡخُلُوا۟ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةࣲ وَلِیُتَبِّرُوا۟ مَا عَلَوۡا۟ تَتۡبِیرًا  


"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya" [Surah al-Isra' 4-7]


#Allah swt mendedahkan senario sejarah bangsa Yahudi yang melakukan kejahatan dan akhirnya mereka akan dimusnahkan. Kini, mereka melakukan kejahatan kali kedua yang akan menempah kemusnahan pada akhir zaman dengan kemenangan umat Islam. 


#Mereka menguasai politik, ekonomi dan kemajuan teknologi persenjataan yang membunuh hidupan dan merosakkan alam sekitar, tanpa mempedulikan amaran daripada kalangan agamawan mereka sendiri. Inilah yang berlaku apabila kalangan sekular yang melampau menguasai pemerintahan negara Israel.


#Daripada Yahudi, lahirnya pula pencipta ideologi dan teori sesat yang merosakkan politik, ekonomi dan akhlak. Seterusnya, puak Zionis berjuang supaya dapat menguasai politik negara kuasa besar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ekonomi antarabangsa, serta media yang mempengaruhi pemikiran dan kehidupan manusia yang dilemahkan supaya semuanya berada di bawah kuasa negara besar Israel. Antara pendekatannya ialah mencetuskan huru-hara dan peperangan yang menghancurkan negara dan bangsa lain. Jika dilihat pada sejarah, penglibatan Zionis yang telah mencetuskan dua perang dunia tidak boleh dinafikan sekali-kali.


#Kemuncaknya terkini, mereka mengganas membunuh rakyat Palestin dan menceroboh Masjidil Aqsa. Penjajah Israel telah membunuh 14,532 orang, 35,000 yang cedera, 1.5 juta rakyat telah berpindah, 45,000 unit kediaman musnah sepenuhnya, 266 buah sekolah rosak, 67 buah musnah, 102 buah ibu pejabat kerajaan terjejas teruk, 85 buah masjid musnah sepenuhnya dan 3 gereja terjejas teruk. (Sumber: Quds News Network)


#Namun begitu, Allah swt menyatakan dalam ayat diatas bahawa Yahudi akan dikalahkan oleh para pejuang yang mempertahankan bumi Palestin.


♡Yakinlah bahawa penghujung kekejaman Yahudi adalah mereka akan dikalahkan dan dihina di akhirat kelak♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  In memory of those who “died suddenly” in India, Singapore, Malaysia, Australia and New Zealand, April 29-May 6, 2024 Indian actor Kshitij...