Saturday 27 April 2024

 Berzikirlah Kepada Allah

 

Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:


مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ


Maksudnya: “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup dan mati.”


Riwayat al-Bukhari (6407)


- Berzikir merupakan suatu ibadah mengingati Allah SWT yang boleh dilakukan sama ada melalui lisan ataupun melalui jantung hati. Zikir menerusi lidah meliputi istighfar, berdoa, berselawat ke atas Rasulullah SAW, tasbih, tahmid, takbir, tahlil, pembacaan al-Quran dan seumpamanya.


-  Zikir adalah termasuk dalam salah satu kaedah penting dalam mendekatkan diri seseorang hamba kepada Allah SWT.


#IslamForU

No comments:

Post a Comment

  ‘The Right Decision’ – US Senator Wants Israel to Nuke Gaza May 13, 2024 US Senator Lindsey Graham and Israeli Prime Minister Benjamin Net...