Saturday 27 April 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 18 Syawal 1445H☆


إِنَّ ٱللَّهَ یُدۡخِلُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُۚ إِنَّ ٱللَّهَ یَفۡعَلُ مَا یُرِیدُ 


"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya" [Surah al-Ḥajj 14]


#Antara amal soleh yang dapat memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga ialah memperbanyakkan amalan baik, memenuhi keperluan seseorang dan menggembirakan orang lain. 


#Daripada Sayidina Ibn ‘Umar r.huma, bahawa ada seorang lelaki yang datang bertemu Rasulullah saw. Dia berkata: "Wahai Rasulullah, manusia yang bagaimana paling dicintai oleh Allah? Dan amalan apa yang paling dicintai oleh Allah ‘azza wa jalla?" Rasulullah saw menjawab:


أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ، وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ، أَوْ تَكْشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً، أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دِينًا، أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا، وَلَأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخٍ لِي فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ، يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ، شَهْرًا، وَمَنْ كَفَّ غَضَبَهُ سَتَرَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ كَظَمَ غَيْظَهُ، وَلَوْ شَاءَ أَنْ يُمْضِيَهُ أَمْضَاهُ، مَلأَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قَلْبَهُ أَمْنًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ مَشَى مَعَ أَخِيهِ فِي حَاجَةٍ حَتَّى أَثْبَتَهَا لَهُ، أَثْبَتَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قَدَمَهُ عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تَزِلُّ فِيهِ الأَقْدَامُ


"Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain, manakala amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan kepada diri seorang Muslim atau engkau menghilangkan kesulitannya atau engkau melunaskan hutangnya atau membebaskannya dari kelaparan. Dan sesungguhnya (jika) aku berjalan bersama saudaraku untuk menunaikan suatu hajat/keperluan lebih aku sukai daripada aku beri’tikaf di masjid ini, iaitu masjid Madinah selama sebulan. Dan sesiapa yang meninggalkan sikap marahnya, nescaya Allah akan tutup aurat (kesalahan)nya. Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melakukannya, nescaya Allah ‘azza wa jalla akan memenuhi hatinya dengan rasa aman pada hari kiamat. Sesiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk menunaikan satu keperluan hingga keperluan itu dapat ditunaikan baginya, nescaya Allah ‘azza wa jalla akan mengukuhkan kakinya di atas sirat pada hari di mana banyak kaki yang tergelincir padanya" (HR al-Tabarani) 


#Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha: "Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga" (HR al-Tabarani) 


#Sabda Nabi saw lagi: "Sedekah itu dituntut atas setiap orang Islam". Seorang sahabat bertanya: "Jika tiada apa hendak diberi?" Baginda menjawab: "Hendaklah dia bekerja dan apabila mendapat duit, sedekahkanlah sebahagiannya."

Sahabat itu bertanya lagi: "Jika tidak boleh bekerja?" Jawab Baginda: "Tolonglah orang miskin dalam kesusahan." Sahabat bertanya lagi: "Kalau ini juga tidak dapat dilakukan?" Baginda menjawab: "Beri nasihat untuk berbuat baik."

Sahabat itu bertanya lagi: "Jika itupun tidak dapat dilakukan?" Baginda bersabda: "Janganlah ia melukakan hati orang lain, itulah sedekahnya." (HR Bukhari)


#Berusahalah sebaik baik untuk melakukan apa sahaja kebaikan walaupun sekadar mengukir satu senyuman yang mendamaikan. Dalam sebuah hadis Nabi saw bersabda:


لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوْفِ شَيْئاً، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ


"Janganlah kamu memandang rendah sedikit pun suatu kebajikan, walaupun sekadar kamu bertemu saudaramu dengan wajah berseri-seri" (HR Muslim) 


♡Ayuh, hulurkan bantuan, gandakan kebajikan dan raihlah kebahagiaan sepertimana yang dijanjikan♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  Restoring Health: WCH Country Councils Share Detox Wisdom We are currently exposed to many different types of toxins that impact health an...