Friday 26 April 2024

 Tadabbur Diri 1


Bila jiwa terasa lemah,


Mungkin masih ada kesan dosa dalam hati yang masih terpalit.


Kerana dosa sering menjadikan jiwa resah gelisah.


Dosa menghilangkan cahaya ilmu dan menghalangnya masuk ke dalam hati.


Dosa sering menghalang kecenderungan untuk melakukan ketaatan.


Dosa melemahkan tubuh untuk beribadah.


Oleh itu bertaubatlah, dan sentiasalah perbaharui taubatmu. Beristighfarlah dan perbanyakkanlah istighfarmu itu. Kerana hanya keampunan Tuhanmu sahaja yang dapat menghapus dan membersihkan noda dosa dalam hatimu. Nescaya jiwamu bakal kuat dan tenang kembali.


وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ﴿آل عمران: ١٣٥﴾


Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135)


(Ali ‘Imran: 135)


Dari Ibnu Abbas RA, bahawa ia berkata, Rasulullah bersabda, 


مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ


"Barang siapa yang sentiasa melazimi beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan memberikan kelapangan dari segala kerunsingan, serta Allah akan memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tak ia sangka."


(HR Abu Daud, 1297)


Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma juga berkata : 


إن للحسنة ضياء في الوجه ونوراً في القلب وسعة في الرزق وقوة في البدن ومحبة في قلوب الناس. وإن للسيئة سواداً في الوجه وظلمة في القلب ووهناً في البدن ونقصاً في الرزق وبغضاً في قلوب الناس


“Sesungguhnya kebaikan mempunyai sinar di wajah, cahaya hati, kelapangan dalam rezki, kekuatan pada tubuh, serta cinta di hati para makhluk. Sesungguhnya keburukan memiliki tanda hitam di wajah, kegelapan di hati, kelemahan di tubuh, kekurangan dalam rezki, serta kebencian di hati para makhluk.”


Justeru, bersihkanlahh kesan-kesan dosa pada jiwa mu dengan:


1. Taubat nasuha dan sentiasa memperbaharui taubat.

2. Melazimi istighfar

3. Melazimi amalan yang mengkaffarahkan dosa seperti  berpuasa sunat dan bersedekah.

4. Mengiringi sesuatu amal keburukan dengan amal kebaikan.

5. Bersungguh memohon bantuan dan pertolongan Allah ‘Azza wa Jalla agar engkau kuat dan sabar untuk membersihkan jiwamu sendiri.




ABi



No comments:

Post a Comment

  Who’s Funding AIPAC’s Political Spending Barrage? contact@ifamericansknew.org   May 13, 2024   AIPAC ,  David Zalik ,  Democratic Majority...