Friday 30 September 2022

Tadabbur Kalamullah 4 Rabiul Awwal 1444H

☆Tadabbur Kalamullah 4 Rabiul Awwal 1444H☆


لَقَدۡ جَاۤءَكُمۡ رَسُولࣱ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِیزٌ عَلَیۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِیصٌ عَلَیۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِینَ رَءُوفࣱ رَّحِیمࣱ 


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman" [Surah at-Tawbah 128]


#Sambungan bicara berkaitan baginda Rasulullah saw.


#Menjadi kewajipan dan juga sudah mencapai tahap keperluan bagi setiap muslim untuk mengetahui dan mempelajari berkenaan peribadi Nabi saw, apatah lagi yang melibatkan akhlak Nabi saw. Ini kerana Nabi saw merupakan ikutan yang terbaik untuk dicontohi dalam segenap aspek kehidupan.


#Hal berkaitan peribadi Nabi saw yang akan dikupas ialah berkaitan bau peluh Nabi saw.


#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a berkata:


مَا مَسِسْتُ حَرِيرًا وَلَا دِيبَاجًا أَلْيَنَ مِنْ كَفِّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا شَمِمْتُ رِيحًا قَطُّ أَوْ عَرْفًا قَطُّ أَطْيَبَ مِنْ رِيحِ أَوْ عَرْفِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


"Tidak pernah aku menyentuh sutera dan pakaian yang lebih lembut dari tapak tangan Baginda Nabi saw. Dan aku tidak pernah menghidu bau dan bunga yang lebih wangi daripada bau Nabi saw” (HR al-Bukhari)


#Daripada Sayidatina Ummu Sulaim r.ha:


- كَانَ يَأْتِيهَا فَيَقِيلُ عِنْدَهَا فَتَبْسُطُ لَهُ نَطْعًا فَيَقِيلُ عَلَيْهِ وَكَانَ كَثِيرَ الْعَرَقِ فَكَانَتْ تَجْمَعُ عَرَقَهُ فَتَجْعَلُهُ فِى الطِّيبِ وَالْقَوَارِيرِ فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « يَا أُمَّ سُلَيْمٍ مَا هَذَا ». قَالَتْ عَرَقُكَ أَدُوفُ بِهِ طِيبِى


“Nabi saw pernah datang bertemu dengannya. Lalu Baginda tidur pada waktu tengahari di rumahnya. Lalu Ummu Sulaim membentangkan tikar untuk Baginda dan Baginda saw tidur di atasnya. Pada ketika itu, Nabi saw berpeluh dengan banyak. Lalu Ummu Sulaim mengumpulkan peluh tersebut dan dia meletakkannya di dalam minyak wangi dan bekas-bekas. Lalu Nabi saw berkata: Wahai Ummu Sulaim apakah ini. Dia (Ummu Sulaim) menjawab : Ini adalah peluh engkau yang mana aku campurkan dengan minyak wangiku.(HR Muslim)


#Perihal berkaitan peluh Rasulullah saw seumpama ini perlu untuk dipelajari oleh setiap orang muslim. Sama ada yang tua, muda, kecil atau besar. Ini bertujuan agar kita mendapat gambaran sebenar tentang kesempurnaan peribadi Nabi saw dan mengelakkan dari ditipu oleh sebahagian pihak yang suka untuk menisbahkan sesuatu perkara dengan nabi saw.


♡Mengikuti Nabi saw bukan sekadar menyatakan kecintaan akan tetapi sejauh mana sunnah Nabi dan peribadi Nabi diikuti dan dihayati di dalam kehidupan seharian kita♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...