Saturday 10 December 2022

PENINGKATAN BILANGAN PLATELET





PENINGKATAN BILANGAN PLATELET


Ramai yang bertanya mengenai masalah bilangan platelet yang tinggi dalam darah. Kebanyakan mereka mengetahui masalah ini apabila melakukan pemeriksaan rutin darah dan mendapati bahawa bilangan platelet mereka tinggi.


Oleh kerana terdapat peningkatan bilangan platelet, ramai yang risau.


Bilangan platelet yang tinggi dikenali sebagai "Thrombocytosis" adalah masalah yang mana tubuh menghasilkan banyak platelet (iaitu unsur dalam darah yang penting untuk proses pembekuan darah).


Bacaan bilangan platelet yang normal adalah 150,000 hingga 400,000 permikroliter pada org yang sihat.


Ia biasanya disebabkan oleh masalah lain seperti jangkitan kuman. Oleh itu ia dipanggil "reactive thrombocytosis" atau "secondary thrombocythemia".


Sementara jika ia disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam proses penghasilan platelet (yang berlaku dalam sum-sum tulang), ia dikenali sebagai "primary thrombocytosis" atau "essential thrombocytosis".


Namun "primary thrombocytosis" jarang berlaku, dan apabila ia berlaku, ia bukanlah suatu yang boleh dipandang ringan. Ia adalah masalah besar.


Kesan yang paling ketara bagi mereka yang mempunyai tahap platelet adalah mereka mudah mengalami pembentukan darah beku.


Pembentukan darah beku adalah penting untuk menghentikan pendarahan.


Namun pembentukan darah yang terlalu banyak boleh menyebabkan sumbatan pada saluran darah pada jantung (menyebabkan serangan sakit jantung), stroke, kerosakan ginjal atau sukar bernafas.


Antara punca peningkatan tahap platelet adalah :


Kanser. terutama kanser paru-paru, perut, payudara atau ovari.


2. Anemia. pesakit anemia mungkin mengalami masalah ini.


3. Jangkitan kuman. Tahap platelet mungkin meningkat bersama tahap bacaan sel darah putih.


4. Pembuangan limpa. Akibat kecederaan jalan raya, pembedahan membuangan organ limpa (spleen) mungkin dilakukan. Ia mungkin menyebabkan peningkatan tahap platelet.


5. Masalah keradangan. Ia mungkin berpunca dari penyakit autoimmune seperti rheumatoid arthritis, inflammatory bowel disease (IBD). Penyakit autoimmune juga boleh menyebabkan penurunan tahap platelet.


Oleh itu jika kita menjalani pemeriksaan darah dan mendapati bacaan platelet kita tinggi, cuba berbincang dengan doktor yang merawat bagi memastikan peningkatan bilangan platelet ini tidak berbahaya.


Tiada rawatan spesifik bagi masalah ini. Jika disebabkan jangkitan kuman, doktor memberikan antibiotik. Jika disebabkan kanser, rawatan kimoterapi dan radioterapi akan diberikan.


Pengambilan minyak zaitun, vitamin antioksida seperti vitamin C, vitamin D dan vitamin E membantu mengurangkan tahap keradangan.


Semoga bermanfaat.


#HealthDrZubaidi


https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad/1025

No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...