Saturday 10 December 2022

Tadabbur Kalamullah 16 Jamadil Awwal 1444h

☆Tadabbur Kalamullah 16 Jamadil Awwal 1444h☆


وَلِكُلࣲّ دَرَجَـٰتࣱ مِّمَّا عَمِلُوا۟ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا یَعۡمَلُونَ 


"Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan" [Surah al-Anam 132]


#Manusia dan jin telah dipertanggungjawabkan dengan syariat yang mesti mereka lakukan. Di hari akhirat kelak, jin dan manusia akan ditanya tentang segala perbuatan mereka semasa di dunia. Adakah mereka beramal sesuai dengan kehendak Allah sebagaimana yang dikehendaki atau sebaliknya?


#Ayat ini juga memaklumkan bahawa setiap manusia dan jin akan diberikan kedudukan masing-masing berdasarkan kepada amalan yang telah dilakukan. Ini akan menentukan sama ada layak tinggal di Syurga atau dihumban ke dalam neraka. Jika sewaktu di dunia, banyak amalan baik yang mereka lakukan, maka akan beroleh kedudukan yang tertinggi di Syurga kelak. Jikalau sewaktu di dunia banyak melakukan dosa dan hidup penuh kelalaian, maka mereka akan mendapat kedudukan yang hina di neraka kelak.


#Firman Allah swt:


وَٱلۡوَزۡنُ یَوۡمَىِٕذٍ ٱلۡحَقُّۚ فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَ ٰ⁠زِینُهُۥ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ * وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوَ ٰ⁠زِینُهُۥ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ خَسِرُوۤا۟ أَنفُسَهُم بِمَا كَانُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا یَظۡلِمُونَ 


"Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya)" [Surah Al-Araf 8-9]


#Firman Allah swt lagi:


فَأَمَّا مَن ثَقُلَتۡ مَوَ ٰ⁠زِینُهُۥ * فَهُوَ فِی عِیشَةࣲ رَّاضِیَةࣲ * وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَ ٰ⁠زِینُهُۥ * فَأُمُّهُۥ هَاوِیَةࣱ 


"Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya. Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya. Maka tempat kembalinya ialah "Neraka Haawiyah" [Surah al-Qari`ah 6-9]


#Inilah keadilan Allah ‎swt membalas manusia berdasarkan kepada usaha mereka didunia dahulu. Dan Allah ‎swt tidak memberi hukuman kepada manusia melainkan apa yang mereka lakukan sahaja. Oleh itu, tingkatkanlah usaha dan amalan baik kita dalam dunia ini untuk mendapatkan balasan bahagia di akhirat kelak.


♡Jika didunia kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi, mendapat gaji yang besar, rumah yang indah, kenapa kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi di akhirat? Bukankah kedudukan di akhirat lebih penting kerana kehidupan kita yang kekal adalah di negeri akhirat. Beramallah!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...