Friday 9 December 2022

Ustaz Ini Kongsi Kisah Penuh Menginsafkan Seorang Bilionair Malaysia Ketika Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah

Ustaz Ini Kongsi Kisah Penuh Menginsafkan Seorang Bilionair Malaysia Ketika Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah

RASANYA belum pernah ada sesiapa lagi yang membuat perkongsian mengenai pengalaman atau kisah umrah dan haji seorang bilionair Malaysia.

Kalau ada pun, hanya pengalaman mereka yang pernah berjumpa atau berurus niaga dengan golongan “kayangan” ini sahaja.

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana sebenarnya prangai dan tngkah laku mereka ketika menjadi tetamu Allah di Tanah Suci, kan..?

Kisah ini diceritakan oleh pengasas SoBella Cosmetics iaitu WN Syuhada atau Syu di Facebooknya ketika menemui seorang ustaz yang pernah membawa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menunaikan ibadat haji dan umrah satu ketika dahulu.

Jom sama-sama kita ikuti kisah yang penuh menginsafkan ini.

Ustaz umrah Syu ada cerita yang dia pernah bawak Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pergi haji. Bukan orang biasa. Antara 10 orang terkaya dalam Malaysia. Dari beras, gula, saham, transportation, airport, semualah dia sapu. Kita tak cakap pasal kaya juta-juta. Ni dah level billion-billion.

Ustaz kata dia neves jugak nak assist Tan Sri. VVIP kan..? So sebagai wakil company, ustaz cuba bagi the best servis untuk Tan Sri. “Selama saya hidup, saya tak pernah tengok orang kaya yang betul tawadhuk macam dia”. Syu tanya, “Tawadhuk macam mana tu ustaz..?”

So, ustaz cerita. Tan Sri ni pergi masjid pakai jubah biasa je. Selipar Jepun takde brand. Dia masuk masjid solat Zohor, tunggu Asar, tunggu Maghrib and Isyak. Balik rehat di bilik sekejap-sekejap je. Banyak masa dalam masjid. Makan pun roti je buat alas perut. Takdenya makanan kena serve, masuk restaurant elite. Takde bodyguard yang iring dia dari hotel and tunggu di masjid. Dia jalan masuk ke masjid macam orang biasa je. Cuma Tan Sri selalu mintak ustaz masuk dalam masjid bersama Tan Sri sebab dia nak ustaz check bacaan Quran dia.

Dah selesai solat, Tan Sri akan bangun dari tempat solat g ambik air zam-zam untuk ustaz. Aik peIik ni..! Biasa VIP nak orang yang layan and serve dia. Tapi bukan Tan Sri. Dia yang dulu g ambik air zam-zam Ada sekali ustaz bawak gelas khas untuk Tan Sri minum air zam-zam. Dekat masjid kat Mekah kan banyak tong air zam-zam and dah ada cawan plastik sekali. So, ustaz sedia la gelas kaca untuk Tan Sri minum. As servis dia la kan..? Special sikit. Tapi Tan Sri tolak. Dia kata dia nak minum dari cawan plastik macam orang lain je.

Setiap kali datang haji and umrah, sedekahnya luar biasa. 60,000 Saudi Riyal main-main je dia bagi kat ustaz and mintak ustaz agihkan. Happy orang-orang gelandangan, orang miskin area masjid dapat duit 100-200 Riyal sorang. Around 150-250 duit Malaysia.

And cerita yang paling berbekas di hati Syu adalah cerita semasa Tan Sri buat haji. Btw pakej VIP Haji ni ada banyak jenis. Ada yang 70K sorang, ada yang 170K sorang. Menteri, artis, org bisness kaya kebanyakan ambik yang 170K sorang tu. Tapi Tan Sri ambik yang 70K je. Share khemah dgn jemaah lain. Bukan keselesaan jadi ukuran, cuma nak fokus untuk keselamatan.

Masa berwukuf di Padang Arafah, all the time Tan Sri duduk di tengah panas sambil doa, baca Quran sampai ustaz pun rasa bimbang. Risau kot-kot jatuh pengsan je apa. Masa VIP lain ada yang berehat di khemah, makan minum dengan selesa, doa and baca Quran pun dalam khemah je tapi Tan Sri tetap di kerusinya di bawah sinaran matahari and suhu waktu tu mencecah 40-45 degree.

Then, sebab risau Tan Sri berlama di tengah panas, ustaz pun bawak payung and payungkan Tan Sri masa Tan Sri tengah doa. Then, Tan Sri tolak. Tan Sri kata, “Ustaz, nanti masa kat Padang Mahsyar, ustaz tak boleh tolong saya. Beginilah panasnya. Saya dengan amalan saya, ustaz dengan amalan ustaz”. Masa tu ustaz tertampar. Rasa malu dengan seorang kaya yang sangat zuhud dan luar biasa pemikirannya.

In fact, masa ustaz cerita, terus Syu rasa sebak. Masya-Allah luar biasa pemikiran figura hebat ni. Betul tu. Kita hidup atas muka bumi ni banyak nak puaskan hati manusia. Nak orang sanjung kita, nak orang puji kita, nak orang layan kita, nak orang loyal kat kita, nak orang senangkan hati kita sampai kita sanggup buat macam-macam demi manusia lain. Kadang-kadang, sanggup buat benda yang mengundang murka Allah semata-mata untuk tarikh perhatian orang, nak bagi orang support kita, puja kita. Tengok saja hari ni. Demi content, macam-macam orang sanggup buat. Sedangkan di akhirat nanti, cuma amalan dan kita sahaja yang akan menunduk takut di depan Allah SWT. Tiada siapa pun yang akan tolong kita. Bukan mak, bukan suami, bukan follower, bukan kawan, bukan agent. Cuma kita dan amalan sahaja. Allahuakbar ðŸ˜¢

Terbaca kata-kata pegangan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dalam bisness adalah, “Kekayaan yang Allah bagi untuk saya adalah demi membantu orang lain. Saya percaya tentang KEBERKATAN REZEKI . Bantu orang yang memerlukan insya-Allah pertolongan Allah pasti ada”. In fact, kalau korang tahu, Tan Sri pernah rugi 2 billion masa zaman kegawatan ekonomi dulu hanya untuk mempertahankan hak orang Melayu. Kita boleh tak macam tu..? Nak bagi adik pinjam 200 pun rasa nak marah. Nak hulur kat mak ayah 500 pun susah. Itu keluarga sendiri. Nak bagi masa tenaga kat team pun berkira untuk bantu dia. Tapi Tan Sri sanggup bantu orang yg dia sendiri tak kenal dengan jumlah yang besar. Masya-Allah hebat insan ciptaan Allah ni.

One more, kita kena sangat percaya tentang keberkatan rezeki. Untung rugi bisness tu biasa. Lagi kaya, lagi banyak rugi. Bila rugi, jangan sedih melampau. Ada la tu Allah nak bagi rezeki lebih lagi. Jangan berkira dengan orang. Jangan dikira-kira apa yang kita dapat sampai kita takut nak sedekah, nak memberi kat orang lain. Apabila rezeki itu berkat, insya-Allah takkan pernah habis dan berkurang rezeki tersebut.

One in a million. Orang kaya luar biasa. Kaya yg tak pernah takut miskin dalam sedekah. Teringat pada Saidina Abdul Rahman B Auf, sahabat Rasulullah SAW. Saudagar kaya yang pemurah dan dermawan. Susah nak jumpa zaman sekarang. Kaya sekadar kaya harta tu berlambak. Yang betul kaya tapi tawadhuk and pemurah, susah nak jumpa. Ini yang kita panggil kaya dunia akhirat. I wanna be like him. Kejayaan dan kekayaan yang ada bukanlah satu simbol kemegahan. Tapi dengan harta dan pangkat, kita gunakan untuk memanfaatkan manusia lain, untuk merubah dunia menjadi tempat yang lebih baik insya-Allah dengan izin Allah.

Kaya dunia, kaya akhirat. Jom sama-sama ❤️

sumber : Odisi


https://www.jalankami.com/ustaz-ini-kongsi-kisah-penuh-menginsafkan-seorang-bilionair-malaysia-ketika-menunaikan-ibadah-haji-dan-umrah/



No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...