Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1444H

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” [Surah al-Baqarah 183]

#Bulan Ramadhan merupakan bulan diwajibkan ibadah puasa ke atas seluruh umat Islam yang memenuhi syarat. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang paling dinantikan oleh seluruh orang beriman, lantaran pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh Allah swt disepanjang bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Tawaran serta ganjaran ini tidak ditemui dalam bulan-bulan lain selain bulan Ramadhan. 

#Dari Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah swt telah mewajibkan kepada kamu berpuasa di bulan itu. Dalam bulan itu dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu, terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak memperoleh kebaikan di malam (al-Qadr) itu, maka ia tidak memperoleh kebaikan (rahmat) apa pun (HR an-Nasaie dan Ahmad)

#Di dalam hadis yang lain, berkata Sayidina Abu Hurairah r.a:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ

“Ketika Nabi saw menaiki mimbar, Baginda saw bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda saw ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin”. Maka Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Jibril Alaihissalam telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: “Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah swt. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku pun katakan: “Amin” (HRIbn Hibban)

#Jelas menunjukan bahawa orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah swt di dalam Ramadhan termasuk di dalam kalangan orang-orang yang rugi dan terhalang daripada rahmat. 

#Oleh itu, bagi sesiapa yang panjang umur berkesempatan untuk bertemu dan berada di dalam bulan Ramadhan, maka gunakanlah peluang ini untuk beribadah dengan penuh keimanan dan bersunguh-sungguh dalam menghimpunkan pahala, rahmat, kebaikan dan keredhaan daripada Allah swt. Begitu juga, ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah bersungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini.

♡Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Maka, berusahalah dengan bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah di sepanjang bulan ini agar kita berjaya meraih segala kelebihan yang terdapat di dalamnya. Salam Ramadhan 1444H♡

🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN    

http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook: