Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1444H

قَالَ ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِهِۦۤ إِنَّا لَنَرَىٰكَ فِی ضَلَـٰلࣲ مُّبِینࣲ

Ketua-ketua dari kaumnya berkata: “Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata” [Surah al-Aʿraf 60]

#Dakwah Nabi Nuh Alaihissalam mendapat tentangan daripada golongan Al-Mala’ iaitu ketua-ketua kaum, orang-orang terkemuka, golongan bangsawan, orang mulia, pembesar dan pemimpin daripada suatu kaum atau masyarakat.

#Golongan pembesar yang menentang ini terdiri dari kalangan mereka yang memiliki kedudukan, kekayaan, kuasa dan pengaruh didalam masyarakat. Mereka merasakan ajaran dan pegangan yang mereka ikuti selama ini adalah benar. Dengan penuh kesombongan mereka merasakan mereka adalah betul dan benar. Maka mereka menentang kebenaran yang dibawa Nabi Nuh agar tidak sampai dipengaruhi oleh masyarakat.

#Golongan pembesar ini menentang kebenaran yang dibawa Nabi Nuh kerana kebenaran itu akan menyusahkan mereka, akan menyebabkan pengaruh mereka berkurangan atau hilang terus, atau akan menyebabkan mereka kehilangan peluang untuk mendapatkan keuntungan dengan mudah dengan menipu orang bawahan.

#Mereka mengatakan Nabi Nuh Alaihissalam itu sesat dengan kesesatan yang nyata kerana baginda membawa ajaran lain daripada yang diamalkan oleh kaum mereka. Mereka telah lama menyembah patung-patung berhala itu, tiba-tiba Nabi Nuh menyeru agar mereka hanya menyembah Allah Tuhan yang Esa. Mereka menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk menghalang dakwah nabi Nuh Alaihissalam.

♡Begitulah keadaan yang digambarkan Allah mengenai penentangan dakwah Nabi Nuh daripada golongan pembesar. Zaman sekarang pun ramai yang berkuasa menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk menentang dan menghalang dakwah dan perjuangan Islam. Mereka melontarkan berbagai-bagai cemuhan dan dalil yang bathil untuk menghalang gerakan Islam. Itulah sunnah berjuang, sentiasa ada tentangan dan halangan!!♡

🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN    

http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook: