Monday 29 April 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 20 Syawal 1445H☆


كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ


"Al-Quran ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan  kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatNya, dan supaya  mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran" [Surah Saad 29] 


#Matlamat al-Quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca bahkan Allah menyeru seluruh hambanya untuk menghayati inti pati al-Quran. 


#Imam at-Tabari menyatakan makna ayat tersebut ialah tujuan penurunan al-Quran supaya umat Nabi Muhammad saw mentadabbur makna ayat al-Quran serta beramal dengan segala yang telah disyariatkanNya.


#Pada zaman dahulu, para sahabat Nabi saw adalah orang yang sangat mencintai al-Quran. Mereka sangat bersemangat untuk mendengarkan wahyu yang disampaikan kepada mereka bahkan sentiasa menunggu wahyu diturunkan. Setiap deretan ayat yang diperoleh daripada Nabi saw bagaikan hadiah yang sangat berharga bagi diri mereka. Mereka berinteraksi dengan al-Quran setiap saatnya, membaca, memahami dan merenungi, serta mempraktikkan isi kandungannya dalam kehidupan sehari-hari. 


#Imam Ibnu Solah berkata: "Membaca al-Quran merupakan sebuah kemuliaan yang Allah swt berikan kepada hambaNya. Dan terdapat dalam riwayat, bahawa para malaikat tidak mendapat kemuliaan ini, tetapi mereka sangat ghairah untuk mendengarkannya daripada manusia" (Lihat: Al-Itqan fi Ulumil Quran, Imam as-Suyuthi) 


#Bisyr bin as-Sura berkata: "Sesungguhnya ayat al-Quran ibarat buah kurma. Setiap kali engkau kunyah, maka engkau akan merasakan manisnya". Kemudian perkataan ini diceritakan kepada Abu Sulaiman, dan dia berkata: "Benar"!. Maksudnya, apabila salah seorang mulai membaca satu ayat, maka ia ingin segera untuk membaca yang berikutnya. (Lihat: Al-Burhan fi ‘Ulumil Quran, Imam az-Zarkasyi) 


#Berusahalah untuk kita mencintai al-Quran dengan sentiasa melazimi membacanya serta berusaha untuk memahami dan mengamalkannya. 


#Berkata Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah:


محبة كلام الله فإنه من علامة محبة الله. فإذا أردت أن تعلم ما عندك و عند غيرك من محبة الله فانظر إلى محبة القرآن من قلبك. فإنه من المعلوم أن من أحب محبوبا كان كلامه و حديثه أحب شيئ إليه


"Mencintai kalamullah merupakan salah satu tanda cinta kepada Allah. Jika engkau ingin mengetahui seberapa besar cintamu atau selainmu kepada Allah, lihatlah seberapa cintamu terhadap al-Quran dalam hatimu. Kerana kita ketahui bersama, bahawa siapa yang mencintai seseorang maka kalam dan pembicaraannya menjadi sesuatu yang paling dicintai olehnya" (Lihat: ad-Daa’u wad Dawaa’u)


♡Ya Allah, anugerahkanlah kami mencintai al-Quran dan sentiasa rindu untuk membacanya♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  Mysterious Brand-New Heart Syndrome Reportedly Affects 90% of U.S. Population COVID Propaganda Roundup: The latest updates on the “new nor...