Monday 29 April 2024

 

K'jaan agih RM20,000 kepada semua MP promosi program vaksin

Nota editor: Versi awal laporan ini menyatakan peruntukan diberi oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Pembetulan sudah dibuat dan kesilapan dikesali.

Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk setiap anggota Parlimen bagi mempromosikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Dana khas ini juga turut meliputi ahli Parlimen pembangkang.

Setakat semalam, hanya 44.7 peratus daripada sasaran 4,273,288 warga telah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19.

Bagi tempoh 14 hari terakhir ini, jumlah individu yang mendaftar untuk vaksinasi telah meningkat sebanyak lapan peratus, ataupun purata 54,000 sehari.

Setakat ini, 6.5 peratus daripada angka yang disasarkan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Vaksin yang disediakan kerajaan memerlukan dua dos suntikan.

Bagaimanapun beberapa negeri, antaranya Sabah, merekodkan kadar pendafaran yang rendah. 

Manakala di Kelantan kira-kira 10,000 individu, khususnya warga emas, yang sepatutnya telah menerima suntikan vaksin tidak hadir pada hari temu janji.

https://www.malaysiakini.com/news/576087

No comments:

Post a Comment

  Slovakian Prime Minister Critical of the WHO, Pharma, and C19 Shots, Shot and In Hospital Dr. Joseph Sansone Slovakia's Prime Minister...