Tuesday 30 April 2024

 KFC nak pula boikot ya,

Under JCorp tu.

   rokok tak nak boikot ke? Rokok lebih byk menyumbang kpd kumpulan Yahudi.

🫢🫢🫢🫢🫢


KFC Malaysia terjejas. Perniagaan Melayu Islam terjejas. Maka terjejas juga rangkaian perniagaan milik umat Islam di Malaysia dalam sektor perladangan, penternakan, pengilangan, supply chain, termasuklah rangkaian hospital swasta milik umat Islam  TERBESAR DUNIA Yang diuruskan JCORP iaitu KPJ, terjejas juga rangkaian klinik WAQAF milik umat Islam TERBESAR DUNIA, Klinik WAQAF AN NUR dibawah JCORP.


KFC Malaysia milik JCORP, yang dibangunkan oleh Allahyarham Tan Sri Ali Hashim. Dari KFC Malaysia, lahir banyak lagi syarikat milik Melayu Islam. Tetapi sentimen memboikot produk mesra Israel telah menjejaskan operasi KFC Malaysia. Mana tidaknya, yang mempromosi sentimen boikot, bukan sahaja dari kalangan orang awam yang tak berilmu, malah dari kalangan asaatizah pun tak kurang mempromosikan dalam ceramah-ceramah mereka di masjid dan surau, berkempen agar produk KFC diboikot seleuruh Malaysia. Mungkin mereka tak baca buku tulisan Allahyarham Tan Sri Ali Hashim berjudul JIHAD EKONOMI.


Alternative KFC yang disarankan oleh pemboikot, ialah Marry Brown & Texas Chicken (ni nama di Malaysia. Nama sebenar CHURCH'S TEXAS CHICKEN atau Ayam Gereja Texas), dimiliki bangsa asing yg bercita-cita meliberalkan agama dan rakyat.  Maaf cakap. Saya tak nampak pula relevantnya perjuangan memboikot KFC Malaysia sambil mempromosi Marrybrown dan Ayam Goreng GEREJA Texas Chicken kepada perjuangan Bani Melayu dan jihad Islam. Melainkan kebodohan.


Adakah merugikan perniagaan KFC Malaysia sambil menjejaskan rangkaian perniagaan umat Islam berbangsa Melayu di Malaysia itu suatu JIHAD? 


Adakah mempromosikan perniagaan Cina kafir yang bercita-cita memurtadkan umat Islam dan meliberalkan agama rakyat di Malaysia adalah suatu JIHAD?


JANGAN LUPA, Rasulullah SAW dan para sahabat juga pernah bermuamalat dengan Yahudi di zamannya. Tetapi selepas itu, umat Islam menguasai muamalat yang peringkat awalnya dikuasai Yahudi. 


Inilah cita-cita Allahyarham Tan Sri Ali Hashim. Bermuamalat dengan KFC, sambil membina jenama sendiri seperti QSR, Ayamas dan lain-lain sambil menggunakan jaringan perniagaan KFC untuk mengembangkan jenama sendiri. Apakah ini suatu JIHAD?  


Dalam masa yang sama, tak pernah lak aku dengar syarikat rokok di Malaysia yang tutup atau jualan rokok yang jatuh menjunam akibat di boycot dan umat Islam berhenti menghisap rokok.


Sedangkan sumbangan syarikat rokok Malaysia kepada Israel lebih besar berganda-ganda berbanding sumbangan 5% loyalty franchisee KFC Malaysia kepada HQ KFC di Amerika.


Nak tanya aje .... orang yang boycott, suruh boycott, yang jadi asatizah, yang mengaku pejuang agama, TETAPI masih merokok. Tak rasa berdosa ke sumbang duit kepada Israel untuk menembak mati anak-anak kecil, wanita, orang awam saudara kita di Palestine?


Benarlah ungkapan Saiyidina Ali karamallahu wajhah --- Perjuangan kebenaran yang TIDAK bernizam, akan dikalahkan oleh perjuangan kemungkaran yang bernizam.

No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...