Tuesday 30 April 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 21 Syawal 1445H☆


كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ


"Al-Quran ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan  kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatNya, dan supaya  mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran" [Surah Saad 29] 


#Ketahuilah di antara sebab yang dapat mendatangkan kecintaan Allah swt kepada seorang hamba adalah membaca al-Quran dengan khusyuk dan berusaha memahaminya.


#Para salafussoleh, ketika membaca al-Quran, mereka sangat menghayati maknanya sambil berusaha mengamalkannya. Para salafussoleh juga sentiasa menghidupkan hari-hari mereka dengan al-Quran, sepanjang waktu siang mahupun malam. Mereka selalu mempersiapkan hati ketika membaca al-Quran, sehingga hati mereka selalu terasa hidup dan jauh dari kelalaian.


#Abu Abdul Rahman al-Sulami rahimahullah, seorang tabien, Imam dan ahli Qurra' di Kuffah berkata:


كان أصحابنا يقرئونا ويعلمونا ويخبرونا أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرئ أحدهم عشر آيات فما يجاوزها حتى يتعلم العمل فيها قال : وقالوا علمنا القرآن والعمل جميعا


"Mereka (para sahabat) yang mengajarkan kami Al-Quran telah memberitahu kami bahawa Nabi saw mengajarkan mereka 10 ayat dari al-Quran dan mereka tidaklah menambah ayat yang baru sehingga mereka belajar untuk beramal dengannya. Lalu mereka pun berkata:" Kami belajar al-Quran dan beramal dengannya secara serentak". 


#Diriwayatkan mengenai sahabat Nabi saw yang bernama Sayidina Tamim bin Aus Ad-Dari r.a, seorang yang banyak beribadah dan kuat membaca kitab Allah. Abu Qilabah meriwayatkan daripada Abu al-Muhallab bahawa Sayidina Tamim ad-Dari r.a mengkhatamkan bacaan al-Quran dalam tempoh tujuh hari. Bukan itu sahaja, malah ‘Asim al-Ahwal ada meriwayatkan daripada Ibn Sirin bahawasanya Sayidina Tamim ad-Dari r.a membaca al-Quran dalam satu rakaat. Diceritakan juga bahawa beliau pernah mendirikan solat malam sehingga ke waktu Subuh atau hampir-hampir waktu Subuh dengan hanya membaca satu ayat al-Quran secara berulang-ulang dan menangis kerana menghayati makna dan pengajarannya. Ayat tersebut ialah:


أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَن نَّجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ


"Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh" [Surah al-Jathiyah 21] 


#Bukti terbesar cinta kepada al-Quran, apabila seseorang itu berusaha untuk mehamami, merenungi  dan memikirkan makna-maknanya. Sebaliknya, bukti kelemahan cinta kepada al-Quran atau tidak cinta sama sekali, iaitu berpaling tidak merenungi maknanya. 


♡Moga kita sentiasa mencintai al-Quran dengan sentiasa berusaha memahami isi kandungannya dan beramal dengan penuh penghayatan, keinsafan dan kesungguhan♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...