Sunday 30 April 2023

 

Dua mi segera keluaran Malaysia, Indonesia ada bahan boleh sebabkan barah

MI SEGERA. FOTO HIASAN
MI SEGERA. FOTO HIASAN 

Taipei: Dua jenis mi segera jenama Asia Tenggara didapati mengandungi bahan boleh menyebabkan barah.

Ia didedahkan Jabatan Kesihatan Taipei pada Isnin ketika mengeluarkan hasil pemeriksaan segera di bandar itu. 

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata ia mendapati satu kumpulan 'Mee Kari Putih Ah Lai' dari Malaysia dan satu kumpulan mi 'Indomie: Perisa Ayam Istimewa' dari Indonesia kedua-duanya mengandungi etilena oksida, sebatian kimia yang dikaitkan dengan limfoma dan leukemia.

Jabatan itu berkata, ujian dijalankan mendapati etilena oksida dikesan dalam kedua-dua mi dan paket perisa produk Malaysia tetapi hanya dalam paket perisa produk Indonesia.

Peruncit yang tidak dinyatakan tempat sampel dikumpul diminta untuk mengeluarkan kedua-dua produk itu dari rak mereka, dan pengimport produk itu akan didenda antara NT$60,000 (kira-kira RM8,687) dan NT$200 juta (kira-kira RM29 juta), kata jabatan itu.

Menurut maklumat di laman web Biro Toksik dan Bahan Kimia di bawah Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar peringkat Kabinet, etilena oksida adalah beracun apabila dimakan atau dihidu.

Selain menjadi punca limfoma dan leukemia, etilena oksida juga boleh merengsakan kulit dan mata secara serius sesiapa sahaja yang bersentuhan dengan bahan itu, malah menyebabkan kecacatan kelahiran dan keturunan.

Chen Yi-ting, yang mengetuai Bahagian Makanan dan Dadah Jabatan Kesihatan Taipei berkata, pemeriksaan mi segera di bandar itu dijalankan dengan memilih 30 produk secara rawak dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar.

https://www.hmetro.com.my/global/asia/2023/04/960236/dua-mi-segera-keluaran-malaysia-indonesia-ada-bahan-boleh-sebabkan-barah#.ZE8ZFkNf6jA.whatsapp


No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...