Sunday 30 April 2023

 

Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Semasa Cuaca Panas

Memandangkan negara kita sedang mengalami keadaan cuaca panas yang sangat tinggi dan boleh menjejaskan kesihatan khususnya murid-murid yang sedang bersekolah dan menjalani aktiviti luar bilik darjah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Penutupan Institusi Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas.

Rujuk Surat Siaran: https://t.me/pendidik2u/7793

Gelombang haba merujuk kepada keadaan satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas Tahap suhu adalah merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Pentadbir perlu sentiasa memantau status suhu harian bagi
cuaca panas setiap hari di daerah masing-masing (yang
dikeluarkan oleh METMalaysia).

Sekiranya berlaku status suhu harian bagi cuaca panas pada
tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35C
hingga 37C untuk tiga hari berturut-turut, pentadbir hendaklah menghentikan semua aktiviti luar yang melibatkan murid dan guru/pensyarah.

Antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan pada tahap suhu amaran pertama ini ialah seperti merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian.

Sekiranya berlaku status suhu harian bagi cuaca panas pada tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37°C untuk tiga hari berturut-turut dan diisytiharkan heatwave oleh METMalaysia, pentadbir boleh menutupinstitusi pendidikan.

Penutupan institusi pendidikan akibat status suhu harian bagi cuaca panas hendaklah dimaklumkan oleh pentadbir kepada Pendaftar dengan serta-merta secara lisan dan bertulis menggunakan apa-apa medium yang sesuai.

Pentadbir hendaklah mengemukakan surat pemakluman rasmi kepada Pendaftar berhubung penutupan institusi pendidikan serta-merta atas sebab status suhu harian bagi cuaca panas pada tahap amaran 2.

Surat pemakluman tersebut hendaklah dilampirkan bersama-sama dokumen sokongan yang menjelaskan tentang proses penilaian risiko yang dijalankan sebelum keputusan untuk menutup institusi pendidikan dibuat oleh pentadbir seperti: 

i. garis panduan atau manual yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan yang lain; atau

ii. tangkap layar/ paparan komunikasi yang dibuat yang dibuat oleh agensi kerajaan berkaitan status suhu harian bagi cuaca panas;

Pentadbir hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga berkaitan keputusan penutupan dan pembukaan institusi pendidikan atas sebab status suhu harian bagi cuaca panas dengan segera secara bertulis menggunakan apa-apa medium komunikasi yang sesuai.

Pentadbir perlu memaklumkan Pendaftar tarikh hari ganti yang ditetapkan bagi menggantikan hari institusi pendidikan yang ditutup.

Walau bagaimanapun, hari ganti tidak perlu diadakan sekiranya diluluskan oleh Pendaftar untuk tidak diganti.

Bacaan lanjut:

Rujuk Surat Siaran : https://t.me/pendidik2u/7793


https://www.pendidik2u.my/garis-panduan-penutupan-institusi-pendidikan-semasa-cuaca-panas/

No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...