Friday 28 April 2023

 

Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib 2023 Malaysia

Jadual Tarikh Puasa Sunat Dan Wajib Tahun 2023. Panduan buat semua umat Islam di Malaysia. Berikut dikongsikan Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib 2023 bersamaan dengan tahun 1444H – 1445 Hijrah. Ibadah puasamengandungi faedah dan manfaat yang besar, malah selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan elok juga kita melakukan puasa sunat di sepanjang tahun hijrah.

Di antara puasa sunat yang terdapat sepanjang tahun adalah puasa Isnin dan Khamis, puasa enam Syawal, puasa Hari Arafah, puasa sunat Hari Putih dan banyak lagi. Puasa wajib adalah puasa di Bulan Ramadhan.

Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib 2023/ 1444-1445H

Tarikh Puasa Sunat Dan Wajib Tahun 2023 (1444-1445H)

Berikut dikongsikan senarai Puasa Sunat yang elok diamalkan beserta Kalendar puasa sunat dan wajib tahun 2023 bersamaan dengan 1444-1445H yang memaparkan tarikh dan hari berpuasa.

1. Puasa Isnin dan Khamis

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

2. Puasa 3 Hari Setiap Bulan

Ini mungkin senang sikit untuk diamalkan. Tidak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Puasa ayyamul bidh adalah puasa sunnah yang dikerjakan pada pertengahan bulan. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal ianya dinamakan ‘Hari Putih’

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

Untuk bulan Syabaan tahun 2023, berikut dikongsikan tarikh puasa Ayyamul Bidh beserta niat puasa :-

Jom Puasa Ayyamul Bidh ( Puasa Hari Putih , 3 Hari berturut-turut)

Bermula :

Isnin 6 Mac 2023

  • Niat : “Sahaja aku Puasa Sunat Hari Putih, puasa sunat syaaban dan puasa sunat hari Isnin kerana ALLAH TAALA”

Untuk Puasa Qada :

  • “Sahaja aku puasa Qada, Puasa sunat hari putih, Puasa Sunat Hari Isnin dan Puasa Syaaban kerana ALLAH TAALA”

Selasa 7 Mac 2023

  • Niat: “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Putih dan Puasa sunat Syaaban kerana ALLAH TAALA”

Kalau Puasa Qada

  • Sahaja aku puasa Qada, Puasa Sunat Hari Putih dan Puasa sunat Syaaban kerana ALLAH TAALA

Rabu 8 Mac 2023

  • Niat: Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Putih, dan Puasa sunat Syaaban kerana ALLAH TAALA

Kalau nak Puasa Qada

  • Niat: Sahaja Aku Puasa Qada, Puasa Sunat Hari Putih dan Puasa sunat Syaaban kerana ALLAH TAALA

Andai kata sebelum subuh lupa nak niat, sekali bangun dah lepas subuh atau, pagi ni tidak makan apa apa, tiba tiba rasa nak puasa sunat, oleh itu boleh sahaja terus niat PUASA SUNAT iaitu sebelum masuk zohor.

Tapi kalau nak niat puasa Qada, kena niat sebelum Subuh

Sumber FB Heliza Helmi

3. Puasa Hari Ini, Esok Tak Puasa

Lusa puasa semula, tulat tak puasa. Ini maknanya puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.

Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)

4. Puasa Bulan Zulhijjah

i) Puasa 1 Hingga 7 Zulhijjah

20 hingga 26 Jun 2023

ii) Hari Kelapan Zulhijjah (Puasa Tarwiyah)

Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah (27 Jun 2023, Selasa) iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.

iii) Hari Arafah

Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah (Hari Rabu, 28 Jun 2023 – Tarikh rasmi akan dikemaskini). Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.

  • Niat Puasa Bulan Zulhijjah, Puasa Tarwiyah dan Hari Arafah – Klik Hari Arafah

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

6. Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)

Isu Puasa Sunat Israk Mikraj

Israk Mikraj untuk tahun ini akan jatuh pada hari Sabtu, 18 Februari 2023 bersamaan dengan 27 Rejab 1444 Hijrah. Berikut dikongsikan jawapan daripada Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Twitter rasmi beliau berkaitan puasa sunat Israk Mikraj :-

Ramai yg bertanya isu puasa sunat Isra’ Mi’raj. Puasa 27 Rejab tidak dianggap termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau hari Khamis

puasa sunat israk mikraj jawapan dr zul mufti wp

7. Puasa Bulan Syaaban

Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya, Saidatina Aisyah r.a :

Maksudnya: “Rasulullah SAW ada masa berpuasa sehingga kami mengatakan Baginda tidak mahu berbuka. Ada masa Rasulullah SAW tidak berpuasa sehingga kami mengatakan Baginda tidak mahu berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak daripada Ramadan melainkan pada bulan Syaaban.”
(HR al-Bukhari, hadis sahih)

8. Puasa Hari ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika di tambahkan pada hari kesembilan iaitu Hari Tasu’a.

Niat puasa Hari Tasu’a dan Asyura (9 & 10 Muharram) Klik Asyura

‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

9. Puasa Enam Hari Pada Bulan Syawal

Amalan sunat yang menjadi rebutan umat Islam dalam Syawal adalah puasa sunat enam. Cara yang afdhal adalah dengan berpuasa berturut-turut iaitu sebaik sahaja selepas Hari Raya Aidilfitri. Namun, cara demikian bukanlah menjadi syarat. Malah, sunatnya tetap didapati, walaupun ianya dilakukan secara berselang-selang hari.

Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib Tahun 2023

Berikut dikongsikan Kalendar Puasa Sunat dan wajib tahun 2023 bersamaan dengan tahun 1444-1445 Hijrah.

Tarikh Puasa Sunat & Wajib 2023

kalendar-puasa-sunat-2023-1444-1445-hijrah-1kalendar-puasa-sunat-2023-1444-1445-hijrah-2

Bulan Mac/ Syabaan (Tarikh Puasa Hari Putih)

*6hb Mac 2023 (Isnin)*
Puasa sunat hari putih
Puasa sunat hari Isnin

*7hb Mac 2023 (Selasa)*
Puasa sunat hari putih

*8hb Mac 2023 (Rabu)*
Puasa sunat Nisfu Syaaban
Puasa sunat hari putih

NOTA : Untuk tarikh bulan Islam & masihi yang lengkap, sila rujuk di Kalendar Tarikh Penting Islam 2023

Panduan Hari Makruh Dan Haram Berpuasa

Berikut disertakan hari-hari yang dimakruhkan dan diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Hari Makruh berpuasa sunat

  1. Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  2. Puasa pada hari Jumaat sahaja, Sabtu sahaja atau Ahad sahaja iaitu tanpa berpuasa sebelum atau selepas hari berkenaan. Walau bagaimanapun, tidak makruh mengerjakan puasa semata-mata Jumaat, Sabtu atau Ahad sekiranya hari-hari tersebut disunatkan puasa seperti Hari Asyura atau Hari Arafah, atau bagi mereka yang mengerjakan puasa sunat Nabi Daud AS (berpuasa selang sehari) atau bagi mereka yang mengerjakan puasa Qadha atau puasa nazar
  3. Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Hari haram berpuasa sunat

  1. Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
  2. Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
  3. Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  4. Hari Haid dan Nifas
  5. Hari syak iaitu pada 30 Syaaban (kerana tidak pasti samada Ramadan sudah masuk atau belum)

Maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Semoga perkongsian Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib 2023 ini bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan buat kita dalam melaksanakan ibadah puasa yang mulia ini.

https://www.permohonan.my/kalendar-puasa-sunat-dan-wajib-jadual/


No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...