Thursday 27 April 2023

 

Ubi Keledek – 21 Khasiat Superfood Tempatan

Keledek manis atau sweet potato.

Warna ungu atau oren.

Atas pilihan masing masing.

Lagi padu, keledek Jepun. Gemuk dan manis semula jadi.

Bantu kawal gula dan stabilkan tekanan darah.

Bantu seimbangkan indeks glisemik dan kawal diabetes.

Rendahkan risiko kanser pankreas.

Lebih menarik ialah kajian oleh Harvard University.

Kajian libatkan 124,000 orang.

Mereka yang amal keledek dapat kurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 32%!

Kuncinya pada anthocyanin yang ada pada keledek.

Selain bantu turunkan paras asid urik sebanyak 30%.

Asid urik berlebihan penyebab gout. Cegah kerosakan DNA.

Cara paling padu nak makan bila rebus/kukus.

Nutrien lebih banyak dikekalkan.

Serta lebih banyak diserap ke dalam badan.

Apabila direbus, struktur kimia dalam keledek diubah.

Kanji dalam keledek.

Iaitu amylopectin dan amylose lebih lama dicerna oleh enzim.

Kesannya?

Mengelakkan glucose spike dalam darah.

Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.

Vitamin A untuk apa?

Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata.

Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini.

Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tak suram.

ARTIKEL TRENDING: 11 MAKANAN PATUT MAKAN PADA BULAN PUASA

Kandungan B6 dalam keledek adalah dambaan otak.

B6 akan pacu kelajuan otak.

Selain kurangkan stres penyebab serangan jantung.

Dalam keledek juga ada banyak vitamin.

Ia akan bantu kolagen. Kulit jadi anjal susah berkedut.

Makan keledek dapat bantu tidur nyenyak.

Kandungan magnesium dalam keledek adalah kuncinya.

Iron dalam keledek pula kuatkan sistem imun.

Galakkan pertumbuhan bakteria baik termasuk  Bifidobacterium dan Lactobacillus.

Boleh ucap selamat tinggal pada selesema dan batuk.

Ucapkan sayonara pada demam.

ARTIKEL BERKAIT: 11 KHASIAT SEBENAR PUCUK UBI KELEDEK

Ini resepi mudah buat mochi keledek.

5 bahan diperlukan iaitu:

Caranya sangat mudah.

  1. Kukus keledek. Lenyekkan. Tabur biji bijan.
  2. Tambah gula kelapa/madu jika tak manis.
  3. Bentukkan jadi bebola. Letak tepi.
  4. Campur tepung dengan sedikit air suam.
  5. Uli sehingga jadi doh lembut melekit.
  6. Letak bebola di tengah tengah. Bentukkan.
  7. Panaskan kuali leper. Sapu mentega.
  8. Goreng sampai keperangan.

ARTIKEL BERKAIT: MENTEGA VS MARJERIN – MANA LEBIH BAIK?

P/S:

DAPATKAN BUKU SIHAT ALAMISEKARANG!

DISKAUN 65% DENGAN HARGA ASAL ̶R̶M̶7̶9̶

KINI HANYA RM29 SAHAJA!

KLIK DI SINI

KLIK DI SINI

#DrRizal

No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...