Monday 29 May 2023

 

Ambil tindakan segera terhadap Telegram - Zahid

Zahid mahu tindakan segera terhadap Telegram.
Zahid mahu tindakan segera terhadap Telegram.

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) diminta mengambil tindakan segera terhadap platform pemesejan, Telegram yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara berkait pelbagai isu keselamatan siber, termasuk penipuan dalam talian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah susulan termasuk bertemu pihak Telegram perlu dibuat, malah usaha untuk bekerjasama dalam isu berkaitan juga perlu disokong semua pengguna aplikasi berkenaan.

"Jika ada negara atau negeri di bawah tata kelola tertentu telah mengharamkan saluran tertentu umpamanya, maka saya berpendapat jika ianya merosakkan masyarakat, hendaklah diambil tindakan segera.

Berita terkini setiap pagiDapatkan Berita Pilihan
Berita Harian dalam e-mel anda

"Biarpun (kegunaan) aplikasi Telegram ini tidak sebanyak aplikasi lain, kesan negatif yang wujud dari bahan-bahan dipergunakan itu cukup merosakkan.

"Apabila pengendali saluran tidak mahu bekerjasama dengan menteri atau pegawai KKD atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya rasa langkah susulan mesti dilakukan," katanya.

Memberitahu pemberita demikian selepas Majlis Pelancaran Jerayawara Program Advokasi Antigangguan Seksual, di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata, negara ini mempunyai sistem perundangan biarpun ada penjanjian atau protokol dalam melayani semua saluran media sosial.

"Biarpun kita mempunyai perjanjian atau protokol untuk melayani semua saluran media, perkara yang bukan sahaja soal perundangan tapi bahan yang terkandung dan tersebar dalamnya harus dikenakan pencegahan," katanya.

Terdahulu pada Sabtu lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendedahkan, Telegram masih gagal untuk bertemu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara walaupun sudah beberapa kali dipanggil oleh KKD pada tahun ini.

Katanya lagi, pihaknya sudah bertemu dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan platform media sosial yang lain kecuali Telegram, yang dilihat enggan bekerjasama.

Pertemuan mahu diadakan itu susulan aduan dan laporan yang diterima daripada pelbagai pihak berhubung pelbagai isu keselamatan siber, penipuan, pornografi dan penjualan barangan terlarang di Telegram ketika ini, cukup membimbangkan.

Semalam, Telegram memaklumkan enggan bekerjasama dengan KKD kerana aplikasi pemesejan itu tidak mahu mengambil bahagian dalam sebarang bentuk penapisan berkaitan politik.

Jurucakapnya, Remi Vaughn dipetik berkata, aplikasi itu secara aktif mengawal kandungan berbahaya pada platformnya, termasuk penjualan bahan haram dan pornografi sejak dilancarkan.

Platform itu juga memantau secara proaktif bahagian umum di aplikasinya, selain menerima laporan pengguna menerusi aplikasi itu sendiri serta e-mel di abuse@Telegram.orguntuk mengalih keluar kandungan yang melanggar syarat perkhidmatannya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1107639/ambil-tindakan-segera-terhadap-telegram-zahid

No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...