Friday 26 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 7 Zulkaedah 1444H☆


ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفࣲ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفࣲ قُوَّةࣰ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةࣲ ضَعۡفࣰا وَشَیۡبَةࣰۚ یَخۡلُقُ مَا یَشَاۤءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡقَدِیرُ 


"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa" [Surah ar-Rum 54]


#Inilah kitaran kehidupan manusia. Bermula dari lemah, kemudian kuat, kemudian lemah dan akhirnya mati.


#Semua manusia akan melalui suasana ini. Yang paling menakutkan ialah kematian. Hal ini kerana sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan baik (husnul khatimah) selamat dan bahagialah dia. Namun sebaliknya jika mati dalam keadaan suul khatimah yakni kematian yang buruk maka sengsaralah dia.


#Apa itu husnul khatimah?


حسن الخاتمة هو: أن يُوفق العبد قبل موته للابتعاد عما يغضب الرب سبحانه، والتوبة من الذنوب والمعاصي، والإقبال على الطاعات وأعمال الخير، ثم يكون موته بعد ذلك على هذه الحال الحسنة


"Husnul khatimah ialah Allah memberi taufiq kepada seseorang hamba sebelum dia mati agar menjauhi perkara yang dimurkaiNya, bertaubat dari segala dosa dan maksiat, cergas melakukan ketaatan dan amal-amal kebaikan, kemudian dia mati dalam keadaan demikian".


#Diriwayatkan daripada Sayidina Anas bin Malik r.a:


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أراد الله بعبده خيراً استعمله. قالوا : كيف يستعمله ؟ قال: يوفقه لعمل صالح قبل موته


Sabda Rasulullah saw: “Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, Dia akan mempergunakannya.” Mereka bertanya: “Bagaimanakah cara Dia mempergunakannya?” Baginda menjawab: “Dia mentaufiqkannya untuk beramal soleh sebelum kematiannya" (HR Ahmad dan at-Tirmizi)


#Dalam riwayat yang lain:


وقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعَبْدٍ خَيْرًا عَسَلَهُ قِيلَ وَمَا عَسَلُهُ قَالَ يَفْتَحُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ عَمَلًا صَالِحًا قَبْلَ مَوْتِهِ ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ 


Dan Baginda Rasulullah saw bersabda: “Apabila Allah menghendaki kebaikan untuk hambaNya ‘asalahu.” Baginda ditanya: “Apa yang ldimaksudkan dengan ‘asalahu?” Jawab Baginda: “Allah membuka untuknya amalan soleh sebelum kematiannya kemudian dicabut nyawanya dalam keadaan itu (soleh)” (HR Ahmad)


#Husnul khatimah boleh didefinisikan sebagai suatu kematian di mana penyudah kehidupan seseorang itu berada dalam keadaan terbaik amalannya selain dipeluk dengan keredhaan Yang Maha Mencipta.


#Maka apabila dilihat kepada tujuan hidup manusia, pasti kita sedar kehidupan manusia hanyalah persinggahan sementara bagi menanam benih untuk dituai di akhirat kelak.


♡Oleh itu, sebagai manusia yang pasti akan mati, bersedialah untuk menghadapi saat berkenaan. Gunakanlah waktu kuat, sihat dan muda untuk melakukan amal soleh semaksimumnya. Nanti suatu ketika kita akan menjadi lemah dan bakal meninggalkan alam dunia ini. Beramallah!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...