Monday 29 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 10 Zulkaedah 1444H☆


وَٱعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ ٱلْيَقِينُ


"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)" [Surah al-Hijr 99]


#Kita diminta terus menerus beribadah kepada Allah swt, istiqamah di atas ibadah itu selama masih hidup sampailah kematian datang menjemput sementara kita sentiasa dalam keadaan demikian.


#Jom kita hayati suasana kehidupan para salafussoleh hingga saat kematian mereka.


#Daripada Imam Farqad, seorang Imam di masjid Basrah. Beliau menceritakan bahawa beliau dan beberapa orang teman menziarahi Sufyan ats-Tsauri yang sedang sakit tenat. Salah seorang daripada mereka membacakan sepotong hadis. Imam Sufyan tertarik dengan hadis tersebut. Beliau meraba-raba di bawah tilam, lantas mengeluarkan papan tulis dan menulisnya. Mereka bertanya: “Dalam keadaan engkau seperti ini?” Dia menjawab: “Hadis itu elok. Kalau aku masih hidup, aku pernah mendengar sesuatu yang elok. Kalau aku mati, aku telah menulis sesuatu yang elok.”


#Qadhi Ibrahim bin al-Jarrah menceritakan tentang gurunya Imam Abu Yusuf al-Qadhi. Beliau berkata, aku menziarahinya ketika beliau sakit tenat. Ketika aku tiba dia tidak sedarkan diri. Beberapa ketika kemudian dia sedar. Apabila dia terpandang aku berada di sisinya dia berkata kepadaku: 


“Wahai Ibrahim, apa pendapatmu tentang satu masalah?” 


Aku bertanya: “Dalam keadaan genting seperti ini?” 


Dia menjawab, “Tidak mengapa. Kita mengkajinya mudah-mudahan dapat menyelamatkan seseorang.” 


Kemudian dia bertanya: “Wahai Ibrahim, yang mana lebih afdhal, melontar (dalam ibadah haji) dalam keadaan berjalan kaki atau menunggang kenderaan?” 


Aku menjawab, “Berkenderaan”. 


Dia berkata: “Salah”. Aku berjaya: “Berjalan kaki”. Dia menjawab: “Salah”. Aku bertanya: “Apa pendapat tuan guru? Katakanlah. Semoga Allah meredhaimu!” 


Dia berkata: “Sekiranya seseorang itu mahu berhenti untuk berdoa di sisi jamrah, afdhal baginya berjalan kaki. Jika tidak, afdhal baginya berkenderaan.” 


Kemudian aku bangun untuk pulang. Apabila aku ingin melangkah keluar dari pintu rumahnya aku mendengar suara tangisan ahli keluarganya. Dia telah pergi meninggalkan dunia ini...


#Seorang faqih, Abu Hasan Ali bin Isa menceritakan bahawa dia menziarahi Abu Raihan al-Biruni ketika dia sedang tenat. Nafasnya tercungap-cungap hampir keluar dari badannya. Dalam keadaan itu dia berkata kepadaku: “Apakah yang kamu katakan kepadaku pada hari itu tentang hak pusaka nenek sebelah ibu?” Abu Hasan berkata kerana kasihan melihat keadaannya: “Adakah pada keadaan seperti ini?” Abu Raihan menjawab: “Wahai kawan, aku meninggalkan dunia ini dalam keadaan aku mengetahui tentang masalah ini, bukankah lebih baik bagiku daripada aku meninggalkannya dalam keadaan aku jahil tentangnya?” Dia ingin belajar tentang sesuatu perkara sebelum dia mati, semata-mata kerana ilmu kerana dia mengetahui kelebihan dan keistimewaan orang yang berilmu. Kemudian aku beredar dari sisinya. Dalam perjalanan aku mendengar tangisan. Dia telah pergi selepas beberapa detik mempelajari satu ilmu.


♡Lihatlah betapa mereka istiqamah dengan ilmu dan amal sewaktu hidup sehingga datangnya ajal dalam suasana sibuk dengan mencari keredhaan Ilahi. Contohilah mereka, moga kita juga berjaya♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...