Tuesday 30 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 11 Zulkaedah 1444H☆


كَلَّاۖ لَیُنۢبَذَنَّ فِی ٱلۡحُطَمَةِ 


"Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah" [Surah al-Humazah 4]


#Maksud الحُطَمَةِ adalah sesuatu yang mematahkan dan menghancurkan tulang serta memakan daging manusia. Ia adalah api yang memakan daging, sehinggalah sampai ke jantung. 


#Oleh itu, الحُطَمَةِ adalah api neraka yang menghancurkan penghuninya (tanpa sebarang belas kasihan).


#Diriwayatkan daripada Imam Hasan al-Basri rahimahullah:


أن عائذ بن عمرو رضي الله عنه وكان من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم- دخل على عبيد الله بن زياد فقال: "أي بُنَيَّ! إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (إِنَّ شَرَّ الرِّعَاءِ الحُطَمَةُ), فإياك أن تكون منهم، فقال له: اجلس فإنما أنت من نُخَالة أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم، فقال: وهل كانت لهم نُخَالة؟ إنما كانت النخالة بعدهم وفي غيرهم


Bahawasanya Sayidina ‘Aaedz bin ‘Amru r.a masuk bertemu dengan Ubaidillah bin Ziyad dan berkata: “Wahai anakku, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin ialah al-Hutomah.” Maka berwaspadalah engkau agar tidak termasuk dalam golongan itu!" Ubaidillah berkata kepada ‘Aaedz: “Duduklah engkau! Sesungguhnya engkau hanyalah daripada hampas sahabat-sahabat Muhammad saw!” ‘Aaedz menjawab: “Adakah terdapat di kalangan mereka itu hampas?Sesungguhnya hampas hanya ada pada generasi selepas mereka dan orang lain daripada mereka" (HR Muslim)


#Ubaidillah bin Ziyad adalah seorang gabenor pada ketika itu. Dia banyak melakukan kezaliman dan menumpahkan darah tanpa belas kasihan. Sayidina ‘Aaedz datang untuk menasihatinya dengan menyampaikan apa yang pernah didengarnya sendiri daripada mulut Nabi saw tentang sifat pemimpin yang jahat yang disebut sebagai Hutomah. Ia bermaksud pemimpin yang bersikap kasar dan zalim terhadap rakyatnya dan tidak ada perasaan kasihan belas terhadap mereka. Satu daripada sifat neraka adalah hutomah kerana ia melanyak dan menghancurkan penghuninya tanpa belas kasihan.


#Betapa kerasnya hati Ibn Ziyad tergambar pada jawapannya sehingga menyifatkan sahabat Nabi saw yang cuba menasihatinya sebagai hampas. Ulamak sepakat bahawa para sahabat semua merupakan insan terbaik yang telah dipilih oleh Allah untuk mendampingi Rasulullah saw dan berjuang bersamanya menegakkan agama suci ini. Mereka adalah insan terpilih, bukan hampas.


#Hadis ini memberikan panduan yang sangat berguna tentang kewajipan pemimpin terhadap orang yang dipimpinnya, tidak kira sama ada pemimpin di peringkat negara, daerah, organisasi, jabatan, kumpulan sehingga kepada institusi yang paling kecil dan paling asas, pemimpin dalam sebuah rumahtangga.


#Jika mereka lalai, zalim, khianat, kasar, menipu dan menyusahkan rakyatnya mereka adalah Hutomah, sejahat-jahat manusia.


#Contohilah akhlak dan sikap sahabat r.a yang tidak berdiam diri melihat kezaliman pihak berkuasa. Mereka tidak teragak-agak untuk menegur tanpa memikirkan implikasinya bahkan merasakan Itulah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi menyelamatkan manusia daripada dihumban ke dalam neraka.


♡Takutlah akan azab neraka yang akan membaham mangsanya tanpa belas kasihan. Oleh itu, jadilah manusia yang amanah, bertanggungjawab dan taat pada Allah. Jangan sesekali zalim dan menderkaha padaNya. Moga kita selamat daripada azab nerakanya. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...