Saturday 27 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 8 Zulkaedah 1444H☆


یُؤۡتِی ٱلۡحِكۡمَةَ مَن یَشَاۤءُۚ وَمَن یُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِیَ خَیۡرࣰا كَثِیرࣰاۗ وَمَا یَذَّكَّرُ إِلَّاۤ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ 


"Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya" [Surah al-Baqarah 269]


#Sebahagian ulamak berpendapat, hikmah terdiri daripada tiga unsur: 


1. Kecerdikan

2. Pengetahuan yang luas

3. Keinganan yang kuat.


#Imam Ibnu Katsir mengatakan bahawa hikmah adalah kefahaman, ilmu, dan ta’bir (penjelasan). (Lihat: Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim)


#Allah menyebut orang yang diberi kefahaman dan kejelasan dalam agama sebagai orang yang dikurniakan hikmah. Allah menyebut bahawa orang yang mendapat hikmah (kefahaman) ini adalah orang yang memiliki kebaikan yang banyak. Mengapa tidak, setiap arah hidup dipandu oleh kefahaman dan kebenaran, kompas yang jelas dan benar dari Allah sendiri.


#Contoh-contoh hikmah tokoh ilmuan terdahulu:


1. Pada suatu hari, Sayidina Umar bin Abdul Aziz r.a dikunjungi puteranya seraya berkata: "Duhai ayahku, kenapa ayah mengambil ringan tentang sesetengah perkara? Demi Allah sekiranya saya berada di tempat ayah, saya tidak takut kepada sesiapapun dalam menegakkan kebenaran!"


Sayidina Umar menjawab: "Jangan tergesa-gesa wahai anakku. Sesungguhnya Allah mencela arak sebanyak dua kali dan Dia mengharamkannya pada kali ketiga. Aku bimbang sekiranya aku memaksakan manusia mematuhi kebenaran kesemuanya sekali gus, mereka akan menolak kesemuanya sekaligus!


2. Imam as-Syafi’e rahimahullah diminta supaya menunjukkan satu dalil yang membuktikan kewujudan Allah swt. Beliau berfikir sejenak, kemudian berkata: “Daun mulberry. Rasanya satu sahaja. Tetapi bila dimakan ulat sutera ia mengeluarkan sutera, dimakan lebah ia mengeluarkan madu yang manis, dimakan rusa ia mengeluarkan kasturi yang harum baunya. Maka siapakah yang menjadikan asalnya sama, namun hasilnya berbeza?". Sesungguhnya Dialah Allah Pencipta Yang Maha Agung.


3. Muhammad al-Ghazali pernah ditanya tentang hukum orang yang tidak solat. Beliau menjawab, hukumnya kamu pimpin tangannya ke masjid dan ajar dia solat.


♡Capailah hikmah dengan usaha, menuntut ilmu, mengamalkan segala tuntutan agama dan juga doa mohon pada Allah. Mohonlah hikmah dan kefahaman agar hidup dipandu kebenaran!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...