Sunday 28 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 9 Zulkaedah 1444H☆


یُؤۡتِی ٱلۡحِكۡمَةَ مَن یَشَاۤءُۚ وَمَن یُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِیَ خَیۡرࣰا كَثِیرࣰاۗ وَمَا یَذَّكَّرُ إِلَّاۤ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ 


"Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya" [Surah al-Baqarah 269]


#Sambung bicara tentang hikmah.


#Berkata Syaikh Musthafa al-Adawi hafizahullah menerangkan bahawa hikmah mempunyai beberapa maksud seperti berikut:


1. Hikmah adalah ucapan dan perbuatan yang benar.


2. Hikmah adalah menempatkan sesuatu pada tempatnya yang layak contohnya bercakap sesuai pada tempatnya. Saat perlu berbicara keras, maka berbicaralah keras. Saat perlu berbicara lemah lembut, maka berbicaralah secara lemah lembut.


3. Hikmah adalah kefahaman yang benar, ilmu yang bermanfaat dan penjelasan yang baik.


4. Menurut Qatadah, hikmah adalah al-fiqh al-Islam, iaitu pemahaman dalam agama.


5. Hikmah adalah benar dalam keyakinan, pemahaman agama dan fikiran.


6. Hikmah adalah pemahaman yang benar yang mencegah daripada tingkah laku yang rosak.


7. Hikmah adalah as-sunnah (ajaran Nabi saw).


#Seorang insan yang disebut dengan jelas namanya sebagai hamba Allah yang diberikan hikmah dalam Al-Quran ialah Luqman Al-Hakim.


وَلَقَدۡ ءَاتَیۡنَا لُقۡمَـٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِۚ وَمَن یَشۡكُرۡ فَإِنَّمَا یَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِیٌّ حَمِیدࣱ 


"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji" [Surah Luqman 12]


#Luqman bukan seorang Nabi, tetapi seorang hamba Allah swt yang soleh yang diberikan anugerah hikmah sehingga dia terkenal sebagai seorang yang bijaksana. Inilah yang disebut oleh Allah swt dalam firmanNya bahawa hikmah kebijaksanaan itu dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.


#Luqman adalah salah seorang di antara hamba Allah yang mendapat hikmah dariNya. Selain Luqman, ada beberapa orang lagi insan terpilih yang Allah swt kurniakan hikmah kepada mereka.


♡Untuk meraih hikmah, perdalamkanlah ilmu dan amal dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Yang terpenting pastikan diri kita sentiasa dekat dengan Allah swt♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  WHO's Fascist F**kery: "Homicidal Racketeering Scheme Masquerading As Disease Prevention" Authored by James Howard Kunstler ...